Sumber ini bukan untuk kegunaan awam tetapi sebagai satu khidmat bagi para Joomlawan dan Joomlawanis seangkatan. Saya kerap dapat peluang bekerja di laman-laman web (sesawang?) yang berkaitan dengan jabatan-jabatan kerajaan. Jadi ia memerlukan saya menterjemah fail-fail bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Saya tahu memang telah ada dan senang didapati terjemahan berkenaan dari laman-laman penggiat Joomla!
Saya dapati kebanyakannya adalah terjemahan yang dibuat secara terus, mungkin menggunakan kamus. Maksud saya, anda perlu betul-betul cermat kerana ada kalanya sebagai contoh "Search" bermaksud "Cari" (perbuatan) dan adakalanya bermaksud "Carian" (kata nama).
Jadi, saya telah melakukan terjemahan sendiri dan saya rasa terjemahan yang saya gunakan adalah lebih tepat serasi kepada maksud yang disampaikan oleh frasa asal Bahasa Inggeris yang digunakan. Saya sedang menyemak semula baris demi baris, dan apabila siap ia akan boleh dimuat turun dari halaman ini secara gratis.
Sila kembali lagi untuk mendapatkan fail-fail bahasa versi 1.5.9 ini.
| < Prev |
|---|







